Friday, 15 January 2010



Tun Mahathir Bin Mohamad adalah mantan perdana menteri Malaysia yang berkelibar, berwawasan dan menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. 

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia. 

Sebagai mengenang jasa beliau ini kumpulan artis Ciqada ingin mengadakan pameran lukisan yang bertemakan ‘kuda’ yang menjadi haiwan kesayangan Tun dan kebetulan lokasi kandang kuda beliau juga terletak di pulau Langkawi, Kedah. 

Sokongan yang diberikan oleh Tun Mahathir Bin Mohamad kepada kumpulan artis Ciqada ini menjadikan satu inspirasi kepada kami untuk berkarya dengan harapan agar karya yang dihasilkan kelak bukan saja mendapat sentuhan semangat dan aura, malah sahutan cabaran yang amat besar dalam pengolahan, gaya, prespektif, imaginasi, dan kreativiti pelukis dijadikan medan transformasi kepada cerita cerita berkaitan haiwan yang memang unik ini sebagai subjek seni visual yang mengambarkan hubungan yang akrab antara manusia sepertimana pepatah mengatakan “The story of mankind could not have been unfolded as it has without the horse”


Pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 19hb Dis 2009
telah diadakan di Perdana Stables Langkawi, membincangkan projek Siri Kuda yang mana telah dipersetujui dan disokong penuh oleh Tun sendiri. Projek ini telah bermula dan akan mengambil masa selama 6-8 bulan.


Lukisan menggunakan teknik berus angin-al-bariq




Kemeriahan dan riang sempena BBQ Ciqada bersama rakan-rakan artis Langkawi di pantai Cenang


























demostrasi glass blowing oleh Mail Ciqada